Johor Akan Mula Implementasi Pembayaran Parkir Menggunakan SMS

Johor Akan Mula Implementasi Pembayaran Parkir Menggunakan SMS

Diterbitkan pada Mac 22, 2016 oleh .

MPJBTDengan perkembangan arena teknologi, beberapa kaedah mula dikaji dalam memudahkan para pengguna membuat pembayaran parkir. Kini, di Johor, kerajaan tempatan akan mula mengimplemntasi sistem baru yang membolehkan pembayaran parkir dilakukan menggunakan SMS.

Pengenalan SMSParkir ini akan dilakukan di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah terlebih dahulu bermula 1 April ini, dan melibatkan lebih kurang 20,000 lot parkir. Ia menggunakan sistem yang dibangunkan oleh UTM, dimana pengguna boleh membuat pembayaran dengan menghantar SMS atau melalui sebuah aplikasi khusus untuk peranti mudah-alih.

Seterusnya, nilai pembayaran akan ditolak melalui kredit pascabayar atau prabayar pengguna. Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu menghantar informasi berkaitan nombor plat, dan nombor lot parkir kepada sebuah nombor khusus yang akan disediakan.

Sistem sama dijangka akan digunakan di majlis bandaraya lain sekitar Johor menjelang penghujung 2016 ini sebelum ia diperluaskan ke negeri lain.


TIPS & ULASAN