Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, kita telah mendengar mengenai laporan mengatakan salah satu syarikat yang dilabur oleh Xiaomi akan memperkenalkan basikal pintar premium mereka. Terkini, ia telah pun diperlihatkan dan basikal pintar yang dinamakan QiCycle R1 ini membawakan tanda harga 19,999 Yuan atau berharga sekitar (~RM12540).

Untuk makluman, terdapat pelbagai basikal berharga mahal dipasaran hari ini yang lebih memfokuskan kepada pengguna profesional dalam arena berkenaan.

QiCycle R1

QiCycle R1 ini membawakan pelbagai ciri-ciri seumpama basikal premium lain dan pada masa yang sama turut menyertakan intergrasi sensor untuk pemantauan data tambahan.

QiCycle R1 menyertakan bingkai karbon fiber yang sangat ringan, tetapi kukuh binaannya. Basikal ini juga menyertakan transmisi berasaskan elektronik, dan bateri terbina padanya membolehkan ia digunakan selama 40 jam serta menguasakan pelbagai sensor pada basikal berkenaan.

QiCycle R1

Pengguna juga turut boleh mengintegrasikan penggunaan basikal mereka ke aplikasi pintar Xiaomi, dan memantau pelbagai data dan kaedah penggunaannya melaluinya.

Walaupun berharga mencapai RM13,000, tetapi jikalau dibandingkan dengan basikal lain dipasaran dengan penawaran yang lebih kurang sama, QiCycle R1 ini boleh dikatakan agak murah.

QiCycle R1 ini hanya akan dijual dipasaran China sahaja buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd