Samsung Galaxy S5 Mula Menerima Kemas Kini Android Marshmallow

Samsung Galaxy S5 Mula Menerima Kemas Kini Android Marshmallow

Diterbitkan pada Mac 22, 2016 oleh .

Evo-Galaxy-S5Kemas kini Android Marshmallow untuk Samsung Galaxy S5 mula diterima oleh pengguna di Korea Selatan. Ini menandakan Samsung sudah bersedia untuk memberikan kemas kini yang amat dinantikan peranti yang sudah berusia dua tahun ini. Kemas kini dihasilkan untuk Samsung Galaxy S5 dengan nombor model SM-G900L.

Pengguna di Malaysia mungkin perlu menunggu beberapa minggu lagi sebelum ia hadir pada peranti mereka. Kemas kini ini akan membawakan fungsi Google On Tap dan pembaharuan kepada antaramuka peranti supaya setanding yang dilihat pada Galaxy S7 Edge.  Ianya hadir amat lambat tetapi sekurang-kurangnya ia tetap akan hadir.

 


TIPS & ULASAN