Face2Face – Teknologi Memanipulasi Video Yang Mengubah Video Asal Dengan Pantas

Face2Face – Teknologi Memanipulasi Video Yang Mengubah Video Asal Dengan Pantas

Diterbitkan pada Mac 22, 2016 oleh .

“Rupa macam saya, suara macam saya tetapi bukan saya”
“Video itu bukan saya tetapi dimanipulasi oleh pihak tertentu”

Ini ialah dua alasan yang diberikan oleh dua individu yang terbabit di dalam dua skandal yang pernah menggegarkan negara. Individu pertama seorang hakim mengatakan rakaman video yang dikatakan adalah beliau adalah tidak sahih. Individu kedua pula jawapan seorang seorang tokoh politik negara apabila muncul video beliau melakukan hubungan jenis dengan seorang pelacur. Kedua-dua skandal ini sudah dilupakan tetapi yang pasti ramai tidak mempercayai alasan yang diberikan oleh mereka. Ini adalah kerana teknologi manipulasi kesan khas video pada waktu tersebut masih belum cukup maju untuk menghasilkan kesan khas yang realistik.

Face2Face ialah teknologi baru yang agak berbahaya sekiranya jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Ia dibangunkan oleh pelajar di Universiti Stanford.Menerusi teknologi ini, video asal seorang individu bercakap boleh diubah secara realistik mengikut kehendak pengguna perisian ini. Di dalam demo yang ditunjukkan di atas, wajah Presiden George Bush dan Vladimir Putin dimanipulasi untuk mengikut ekspresi wajah individu berlainan. Kamera dengan kemampuan merakam secara tiga dimensi digunakan untuk menghasilkan 3D Mesh yang kemudian dipadankan kepada 3D Mesh individu di dalam video yang ingin diubah.

Ini bermakna di masa hadapan video rakaman seseorang individu melakukan sesuatu boleh diragukan kesahihannya. Akibatnya bukti video mungkin tidak lagi sah digunakan di dalam mahkamah kerana boleh dimanipulasi. Ini mungkin sebab mengapa di dalam hukum Syariah Islam, saksi yang sahih diperlukan sepanjang masa dan rakaman video tidak diterima. Jelas sekali hukum Islam telah meramalkan teknologi sebegini akan wujud beratus-ratus tahun dahulu lagi dan saksi manusia sahajalah yang paling boleh dipercayai.


TIPS & ULASAN