Kini Anda Boleh Membuat Aduan Kepada SKMM Melalui WhatsApp

Kini Anda Boleh Membuat Aduan Kepada SKMM Melalui WhatsApp

Diterbitkan pada Mac 22, 2016 oleh .

SKMMSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah salah satu agensi yang bertanggungjawab untuk menerima aduan berkaitan isu telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan pos dan juga beberapa perkara atas-talian. Seperti beberapa suruhanjaya atau agensi lain, pengguna boleh membuat aduan kepada SKMM melalui beberapa saluran, dan terkini mereka memperkenalkan sokongan membuat aduan melalui WhatsApp.

Melalui WhatsApp, pengguna hanya perlu menghantar mesej mereka kepada nombor SKMM di 016 220 6262. SKMM akan beroperasi dari pukul 9 pagi ke 5 petang setiap Isnin ke Jumaat.

SKMM mengatakan mereka akan memberikan perakuan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam.

Seperti biasa, dengan pengenalan kebolehan membuat aduan melalui WhatsApp ini, ia akan memudahkan lagi para pengguna membuat aduan, dan memastikan pelbagai penyedia perkhidmatan beroperasi seperti yang dijanjikan.


TIPS & ULASAN