HTC Menjadualkan 12 April Untuk Memperkenalkan Telefon Pintar Terbaru Mereka
HTC

HTC Menjadualkan 12 April Untuk Memperkenalkan Telefon Pintar Terbaru Mereka

Diterbitkan pada Mac 23, 2016 oleh .

HTC sebelum ini telah hadir dengan beberapa teaser untuk telefon pintar terbaru akan datang daripada mereka, dan hari ini, secara rasminya mereka telah mula menghantar jemputan media untuk acara yang dijadualkan pada 12 April 2016 kelak.

HTC 10 12 April

HTC dijangka akan memperkenalkan telefon pintar terbaru yang dinamakan sebagai HTC 10 ketika itu. Sebelum ini, HTC telah hadir dengan sebuah teaser mengatakan ia akan menyertakan kamera terbaik didunia pada telefon pintar berkenaan.

Mengikut apa yang tertiris sebelum ini, HTC 10 dijangka menyertakan skrin 5.15-inci dan dijana menggunakan cip Snapdragon 820. HTC turut dijangka akan menyertakan pengimbas cap jari pada peranti mereka, dan menawarkan rekaan yang lebih kemas tanpa logo dihadapan pada HTC 10.

HTC bakal siarkan pengumuman peranti baru mereka ini secara langsung pada 12 April 2016 ini.


TIPS & ULASAN