Cari @ Amanz

Hanya sehari selepas pengenalan iPhone SE secara rasminya oleh Apple, hari ini pihak Maxis telah memulakan pendaftaran minat untuk telefon pintar berkenaan melalui syarikat telekomunikasi mereka.

iPhone SE merupakan telefon pintar terbaru daripada Apple, membawakan skrin bersaiz 4-inci tetapi dilengkapi dengan cip pemprosesan dan kuasa sama seperti iPhone 6S. iPhone SE turut membawakan kamera 12-megapixel dengan sokongan rakaman 4K, serta keupayaan merakamkan gambar Live Photos.

Maxis iPhone SE

Maxis masih tidak mengumumkan berkenaan bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia. Tetapi memandangkan mereka telah memulakan pendaftaran minat, mungkin kita akan melihatnya hadir ke pasaran Malaysia sekitar April atau Mei.

Apple sendiri telah menjanjikan telefon pintar iPhone SE ini akan dipasarkan di lebih 100 buah negara menjelang penghujung Mei 2016 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd