Cari @ Amanz

Ramai yang menantikan perkembangan info mengenai RAM yang bakal hadir pada iPhone SE, sama ada membawakan memori sebanyak 1GB atau 2GB RAM. Berita baik bagi yang ingin mendapatkan telefon ini, iPhone SE akan dibekalkan dengan memori 2GB RAM LPDDR4, sama seperti yang terdapat pada iPhone 6s.

Perkara ini disahkan melalui hasil bacaan benchmark yang dikongsikan oleh editor daripada TechCrunch, Matthew Panzarino melalui halaman Twitter beliau.

iPhone SE benchmark

Menariknya, melalui bacaan benchmark tersebut, cip pemprosesan Apple A9 pada iPhone SE tidak didownclock sekaligus membawakan markah yang sedikit tinggi berbanding iPhone 6s. Ini berikutan penggunaan paparan dengan resolusi sedikit rendah pada iPhone SE telah membawakan markah 2538 untuk single-core dan 4421 untuk markah multi-core. Sebagai perbandingan, iPhone 6s membawakan markah 2490 (single-core) dan 4331 (multi-core).

iPhone SE yang diumumkan telah dijana dengan cip pemprosesan Apple A9 + M9 dengan “Hey Siri” secara aktif, memori 2GB RAM LPDDR4, kamera 12MP dengan rakaman 4K, Touch ID, dan NFC untuk pembayaran Apple Pay.

Ia bakal memasuki pasaran Malaysia sekitar April-Mei ini dengan harga bermula ~RM1699 untuk versi 16GB dan ~RM2199 untuk versi 64GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd