Google Flights Kini Di Malaysia – Memudahkan Anda Mencari Tiket Penerbangan Murah

Google Flights Kini Di Malaysia – Memudahkan Anda Mencari Tiket Penerbangan Murah

Diterbitkan pada Mac 23, 2016 oleh .

Google Malaysia hari ini telah membawa masuk satu lagi fungsi dan perkhidmatan yang dinantikan ramai pengguna tempatan, iaitu Google Flights. Perkhidmatan yang memfokuskan kepada penerbangan ini memudahkan pengguna membuat perancangan percutian mereka, dan membuat perbandingan penerbangan dan hotel terus melaluinya.

Melalui Google Flights, pengguna hanya perlu memasukkan destinasi, dan ia akan memaparkan harga tiket penerbangan ke sesuatu lokasi, dan pengguna boleh membandingkannya daripada pelbagai syarikat lain – termasuk AirAsia, Malindo Air, Malaysia Airlines dan yang lain.

Google Flights

Secara kasar, ia berfungsi seumpama SkyScanner, tetapi ia lebih memudahkan pengguna memandangkan kini boleh dilakukan terus pada Google tanpa perlu meninggalkan perkhidmatan mereka.

Pengguna juga turut akan dipaparkan dengan destinasi menarik yang boleh dituju berdasarkan kepada tempoh percutian mereka di lokasi berkenaan. Anda turut boleh mengawal seperti tidak memperlihatkan tiket daripada sesuatu penerbangan yang tidak diminati anda, atau mengawal paparan harga tiket yang berharga hanya dibawah berapa ringgit sahaja.

Google Flights turut akan memaparkan sama ada sesuatu penerbangan tersebut mempunyai WiFi dan palam kuasa dibawah tempat duduk atau sebaliknya.

Bagi anda yang sering pergi bercuti di luar negara, mungkin boleh mula gunakan Google Flights dalam membuat carian yang bersesuaian – dan turut menerima notifikasi di Google Now untuk pengurusan yang lebih efisyen.

Layari : Google Flights


TIPS & ULASAN