Digi Mengumumkan Digi Accelerate – Ingin Membantu Startup Ke Peringkat Seterusnya

Digi Mengumumkan Digi Accelerate – Ingin Membantu Startup Ke Peringkat Seterusnya

Diterbitkan pada Mac 23, 2016 oleh .

Digi merupakan salah satu syarikat telekomunikasi popular di Malaysia, dan hari ini dalam usaha untuk membantu syarikat permulaan kecil (startups), Digi telah mengumumkan sebuah inisiatif baru yang dinamakan sebagai Digi Accelerate.

Digi Accelerate

Melalui Digi Accelerate, ia merupakan salah satu program pemecut untuk syarikat permulaan, membolehkan syarikat-syarikat yang baru atau masih pada peringkat idea untuk mencapai kadar matang dan komersial dengan lebih pantas.

Melalui program ini, antara arena yang dilihat oleh Digi Accelerate adalah perkhidmatan kewangan, IOT, pendidikan, muzik, video dan permainan, kesihatan, kecergasan, komunikasi, produktiviti, perkhidmatan awam, sekuriti, percutian, logistik dan e-dagang.

Untuk peringkat permulaan, Digi Accelerate akan memilih dua startup untuk melalui program bootcamp dan menawarkan akses dana sehingga RM100,000 serta akses kepada beberapa perkara lain.

Digi Accelerate

Digi Accelerate

Untuk tujuan tersebut, Digi membuka pendaftaran untuk Digi Accelerate bermula hari ini sehingga 17 April 2016 kelak, dan 12 pasukan terpilih akan diumumkan pada 22 April. Mereka kemudiannya perlu persembahkan idea atau produk mereka pada Pitch Day yang dijadualkan pada 28 April kelak, dan dua finalis akan terpilih untuk menyertai bootcamp dari Mei hingga Ogos 2016 di Bangkok, Thailand.

Layari : Digi Accelerate 2016


TIPS & ULASAN