Xiaomi Memperkenalkan Televisyen Pintar Melengkung Bersaiz 65-inci – Mi TV 3S

Xiaomi Memperkenalkan Televisyen Pintar Melengkung Bersaiz 65-inci – Mi TV 3S

Diterbitkan pada Mac 23, 2016 oleh .

Xiaomi hari ini telah melancarkan satu lagi siri televisyen pintar terbaru mereka, iaitu Xiaomi Mi TV 3S. Teleivsyen pintar Xiaomi terbaru ini hadir dengan rekaan melengkung dan menawarkan paparan yang cantik dan terang melaluinya.

Xiaomi Mi TV 3S

Xiaomi Mi TV 3S 65-inci melengkung ini menggunakan paparan daripada Samsung, dan turut menyertakan rekaan yang sangat nipis – iaitu hanya setebal 5.9mm sahaja. Melengkapkan televisyen pintar ini adalah cip pemprosesan Mstar 6A928, dan juga sokongan audio Dolby. Pihak Xiaomi turut menyertakan Mi TV Bar bersama-sama pembelian televisyen pintar ini.

Disamping pengenalan televisyen pintar Xiaomi Mi TV 3S ini, mereka turut menawarkan televisyen biasa tanpa melengkung bersaiz 43-inci dengan spesifikasi sedikit rendah daripada versi 65-inci melengkung.

Xiaomi Mi TV 3S

Seperti biasa, Xiaomi hanya menawarkan televisyen pintar mereka untuk pasaran China sahaja. Sebelum ini, pihak Xiaomi pernah berkongsi dengan Amanz mengatakan mereka tiada perancangan untuk menawarkannya di Malaysia memandangkan oleh kerana kekangan kandungan yang boleh ditawarkan. Di China mereka mempunyai beberapa rakan kerjasama kandungan yang disertakan bersama-sama dengan televisyen pintar mereka.

Xiaomi Mi TV 3S versi 65-inci akan dijual pada harga RMB 8999 (~RM5529).


TIPS & ULASAN