Selepas penggunaan pengimbas jari TouchID edisi lama pada iPhone SE, nampaknya ada satu lagi perkara yang agak mengecewakan pada produk baru iPad Pro 9.7. Kali ini melibatkan kelajuan pemproses A9X dan jumlah RAM yang disertakan. Laporan kami sebelum ini menyatakan pemproses A9X iPad Pro digunakan pada Pro 9.7, ini adalah benar tetapi kelajuan pemproses pada versi lebih kecil adalah dikurangkan sedikit.
Jumlah RAM juga kini separuh dari 4 Gigabyte daripada laporan asal kami. RAM sebesar 2 Gigabyte mungkin kelihatan kecil tetapi umum diketahui sistem iOS adalah cukup lancar walaupun hanya menggunakan RAM sebesar 1 Gigabyte seperti yang ditemui pada iPhone 6. Tindakan Apple mengurangkan sedikit spesifikasi Pro 9.7 ini mungkin atas sebab untuk tidak mengancam jualan iPad Pro asal yang mahu dikekalkan sebagai tablet utama mereka di pasaran.