Cari @ Amanz

TP-LINK merupakan salah satu jenama terkemuka dalam penawaran penghala dan juga peranti-peranti yang memfokuskan kepada perkhidmatan rangkaian. Pada awal tahun ini, mereka turut menyertai kembali dalam arena telefon pintar melalui keluarga telefon Neffos.

Kini, lanjutan daripada pelancaran telefon pintar mereka, TP-LINK menjadualkan 30 Mac 2016 ini untuk memperkenalkan telefon pintar mereka secara rasminya di Malaysia.

TP-LINK Neffos C5

Sebelum ini, pada Januari lepas, sebanyak tiga telefon pintar telah diperkenalkan oleh TP-LINK, iaitu Neffos C5, Neffos C5 Max dan juga Neffos C5L.

Neffos C5 merupakan telefon pintar dengan skrin bersaiz 5-inci, Neffos C5 Max pula dengan 5.5-inci, sementara Neffos C5L pula dengan skrin 4.5-inci. Ketiga-tiganya menawarkan spesifikasi pertengahan – dan masing-masing mempunyai perbezaan dari segi penawaran memori, cip pemprosesan dan juga kamera.

Pihak TP-LINK menjadualkan pelancaran mereka di Malaysia pada 30 Mac, dan mungkin kita akan dapat mengetahui lanjut mengenainya pada minggu hadapan berkaitan harga dan model khusus untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd