EA Meminta Maaf Kepada Atlet Muslim Kerana Memberikan Beliau Animasi Salib Di Dalam UFC 2

EA Meminta Maaf Kepada Atlet Muslim Kerana Memberikan Beliau Animasi Salib Di Dalam UFC 2

Diterbitkan pada Mac 23, 2016 oleh .

Permainan komputer yang dihasilkan sekarang adalah sangat berbeza dari permainan yang pernah kami mainkan 30 tahun yang lalu. Kualiti grafik pada konsol sekalipun sudah kelihatan realistik dan pada resolusi yang tinggi. Sekiranya anda bermain FIFA, kualiti grafik amat realistik sehingga anda boleh mengenali siapakah pemain di atas padang dengan hanya melihat cara mereka bergerak. Cristiano Ronaldo versi digital turut akan melakukan animasi menyambut jaringan gol yang sama seperti versi sebenar.

UFC 2 ialah permainan sukan MMA yang baru sahaja dilancarkan. Permainan terbitan EA Sports ini memberikan animasi tertentu kepada atlet yang dipaparkan selepas mereka memenangi perlawanan. Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov ialah salah seorang atlet UFC yang boleh dimainkan. Beliau berasal dari Russia dan menganut agama Islam. Kontroversi muncul apabila watak beliau diberikan animasi melakukan bentuk salib selepas memenangi perlawanan.  Khabib kini meminta EA Sports untuk memperbaiki kesilapan ini boleh dianggap sebagai isu sensitif bagi seorang Muslim. Berita baik ialah EA Sports berjanji akan menukar animasi beliau secepat mungkin menerusi patch yang boleh dimuat turun kelak.

Sebelum ni EA Sports turut menghasilkan patch bagi membuang watak Adam Johnson kerana didapati bersalah memperkosa gadis bawah umur. Inilah perbezaan permainan dulu dan sekarang. Kandungan boleh diubah selepas permainan dijual bagi menjadikannya lebih terkini dan mengurangkan pepijat.


TIPS & ULASAN