Cari @ Amanz

Kemas kini iOS adalah yang paling pantas dan menyeluruh di dalam dunia teknologi. Tidak seperti Android, kemas kini diterima terus dari pihak Apple dan di dalam 99.99% kemas kini boleh dilakukan tanpa sebarang masalah. iOS 9.3 ialah kemas kini yang boleh dimuat turun oleh pengguna iOS seluruh dunia sejak semalam. Sekiranya anda memiliki iPad generasi lama, kami menyarankan anda tidak melakukan kemas kini ini sementara waktu.

iPad 2Terdapat laporan iPad generasi pertama, iPad 2 dan iPad 3 gagal berfungsi selepas menerima kemas kini. Kesemua yang melaporkan masalah memuat turun iOS 9.3 secara OTA. Pengguna yang melakukan kemas kini melalui iTunes tidak melaporkan sebarang masalah setakat ini. Setelah peranti gagal berfungsi, ada yang melaporkan iPad mereka kembali berfungsi selepas melakukan pemulihan sistem menggunakan iTunes. Pihak Apple masih belum memberikan maklum balas rasmi mengenai isu ini. Kami akan mengemas kini artikel sekiranya menerima maklumat terkini mengenai masalah yang melanda beberapa model iPad lama ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd