Project Goa – Pengawal Permainan Peranti Realiti Maya Untuk Google Cardboard & Gear VR

Project Goa – Pengawal Permainan Peranti Realiti Maya Untuk Google Cardboard & Gear VR

Diterbitkan pada Mac 23, 2016 oleh .

Seperti konsol dan PC, terdapat dua kasta pengguna yang menggunakan peranti realiti maya. Bagi golongan pemain kasual, Samsung Gear VR dan Google Cardboard sudah mencukupi. Ia hanya memerlukan sebuah telefon pintar untuk berfungsi. Kepada yang mahukan kualiti grafik yang lebih tinggi, HTC Vive dan Oculus Rift menjadi pilihan dan ia memerlukan sebuah PC berkuasa tinggi. Seperkara lagi yang membezakan Vive dan Rift dari Gear VR ialah kewujudan pengawal permainan khas. Ini digunakan oleh pemakai untuk berinteraksi dengan dunia maya.

Proejct Goa 3

Project Goa ialah pengawal permainan realiti maya yang direka khas untuk peranti maya kelas permulaan seperti Gear VR dan Google Cardboard. Ia mempunyai dua pengawal yang dipakai pada kedua-dua belah tangan dan sebuah kamera yang membaca pergerakannya. Kamera ini mampu mengesan pergerakan pengawal permainan pada enam paksi dengan kelewatan hanya 2 milisaat.

Menurut pembangun Project Goa, permainan dari platform iOS, Android, Linux, Windows, Mac dan Unity boleh diprogramkan untuk menggunakan pengawal rekaan mereka.  Mereka berharap dengan penggunaan Project Goa, permainan pada peranti maya peringkat permulaan akan mampu bersaing dengan peranti maya kelas tinggi.

Proejct Goa 4


TIPS & ULASAN