Menggunakan telefon pintar ketika atas jalan raya merupakan salah satu perkara yang berisiko – bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah juga pengguna lain. Untuk memudahkan pengguna untuk kekal berhubung atas jalan raya, kita telah melihat beberapa konsep sistem inforia berhubung untuk kereta. Tetapi bagaimana pula untuk motosikal?
Terkini, Samsung memperlihatkan konsep penggunaan skrin berhubung pada motosikal pada bahagian hendal, dimana biasanya diletakkan paparan had laju. Samsung menggunakan skrin berbentuk digital untuk paparan berkenaan, dan pengguna boleh menghubungkan telefon mereka ke skrin berkenaan.
Apabila pengguna menerima panggilan atau mesej dan emel, ia akan memperlihatkan paparan siapa yang hantar atau membuat panggilan. Ini membolehkan pengguna untuk menghentikan motosikal sekiranya ingin membalas atau menjawab panggilan, atau abaikan ia sekiranya tidak penting.
https://www.youtube.com/watch?v=_j-6YPU3gDU
Skrin sama juga dilihat boleh mengintegrasikan sokongan navigasi untuk memudahkan penunggang motosikal untuk kesesuatu lokasi.
Buat masa ini, apa yang dipanggil sebagai Samsung Smart Windshield ini sekadar konsep sahaja, dan tidak mustahil untuk kita melihat Samsung merealisasikannya.
Sebelum ini, Samsung pernah hadir dengan penggunaan skrin dibelakang trak, dan kemudian mula merealisasikannya sekitar setahun selepasnya.