Cari @ Amanz

Pihak Celcom buat julung kalinya bakal mengadakan Blue Cube Day yang menawarkan pelbagai peranti menarik dengan diskaun sehingga 70%. Bukan itu sahaja, mereka turut menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dibawa pulang secara percuma sepanjang hari tersebut.

Antara peranti yang ditawarkan merangkumi peranti permulaan seperti Xperia E, Redmi 1S, Galaxy J5 sehinggalah ke peranti seperti flagship BlackBerry PRIV dan Huawei Mate 8. Bukan itu sahaja, mereka turut menawarkan promosi PortaWiFi, USB Dongle, dan 3G MiFi yang dijual pada harga yang lebih rendah.

122-434-EntryBanner_BlueCubeOpenDay,0

Celcom juga turut menawarkan peranti serendah RM130 pada acara tersebut. Menariknya, peranti dengan diskaun terhebat ini boleh dinikmati tanpa kontrak dengan hanya melanggan pelan FIRST Gold daripada Celcom.

Dengan langganan RM80 sebulan, pengguna dapat menikmati langganan internet dengan kuota 10GB bersama panggilan dan SMS percuma tanpa had. Sekiranya anda mempunyai baki kuota pada sesuatu bulan, ia akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 5GB secara automatik.

Celcom First Gold

Jika anda sering menukar peranti selepas ketibaan peranti baru, Celcom turut menawarkan program NewPhone yang membolehkan anda mendapatkan telefon terkini secara eksklusif untuk pelanggan FIRST. Apa yang menarik lagi, pelan FIRST Gold ini turut memberikan anda penstriman Yonder Music dengan pilihan lagu-lagu terkini secara percuma.

Acara ini bakal berlangsung bermula 25 hingga 27 Mac ini yang bertempat di Blue Cube, Sunway Pyramid dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Sekiranya anda berhajat untuk mendapatkan peranti terkini untuk anda mahupun orang tersayang, inilah masanya untuk anda memperolehinya dengan tawaran diskaun hebat daripada Celcom.

Penafian: Advertorial dari Celcom

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd