Apabila Concord bersara pada tahun 2003, dunia kehilangan satu-satunya pesawat penumpang komersial berkelajuan supersonik. Perjalanan dari London ke New York hanya mengambil masa 3 jam 20 minit menaiki Concord berbanding 8 jam sekarang. Masih terdapat permintaan untuk pesawat berhalaju tinggi terutamanya dari sektor korporat dan golongan mewah. Beberapa konsep pesawat yang ingin mengisi kekosongan ini wujud sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Boom ialah sebuah lagi konsep pesawat supersonik tetapi ia mensasarkan harga tiket yang lebih mampu milik.
Ia adalah sebuah pesawat supersonik bersaiz kecil untuk 40 penumpang berbanding 100 seperti yang mampu dibawa oleh Concord. Ia akan menggunakan bahan komposit dan ini dapat menahan haba lebih baik berbanding aluminium. Pada masa yang sama ini membuatkan Boom lebih ringan dan seterusnya mengurangkan kos operasi. Kemajuan teknologi enjin sekarang juga mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 30% berbanding Concord.
Pereka pesawat ini mensasarkan harga jualan tiket $5000 sekepala. Ini adakah jauh lebih murah berbanding $12000 yang dikenakan oleh Concord dahulu. Harga ini juga setanding dengan harga sebuah tiket kelas perniagaan pada pesawat sekarang.