Xiaomi Akan Menawarkan Dua Variasi Redmi Note 3 – Harga Akan Diumum Pada 29 Mac

Xiaomi Akan Menawarkan Dua Variasi Redmi Note 3 – Harga Akan Diumum Pada 29 Mac

Diterbitkan pada Mac 24, 2016 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengadakan sebuah acara khas untuk media, dan memperlihatkan Redmi Note 3 secara rasmi buat pertama kalinya untuk pasaran tempatan. Xiaomi Malaysia mengatakan mereka akan mula menjualnya bermula April 2016 kelak.

Xiaomi Redmi Note 3

Xiaomi Redmi Note 3 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 650, menggunakan rekaan berasaskan logam dan turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari. Telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan IR Blaster untuk memudahkan pengguna mengawal beberapa peralatan elektronik, disamping kamera belakang 16-megapixel untuk rakaman gambar. Xiaomi Redmi Note 3 turut hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh.

Di Malaysia, Xiaomi Malaysia akan menawarkan pilihan memori 2GB RAM dengan 16GB storan, serta 3GB RAM dengan 32GB storan. Namun, pilihan warna untuk kedua-duanya masih tidak diketahui lagi.

Pihak Xiaomi masih tidak berkongsi akan harga jualannya buat masa ini, dan mengatakan akan berkongsi harga jualan pada 29 Mac 2016 kelak, tepat pukul 12 tengah hari melalui laman sosial mereka.


TIPS & ULASAN