Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi YouTube Connect – Memfokuskan Penstriman Langsung

Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi YouTube Connect – Memfokuskan Penstriman Langsung

Diterbitkan pada Mac 24, 2016 oleh .

Perkhidmatan memfokuskan siaran langsung terus daripada peranti mudah-alih telah menjadi salah satu fokus utama ramai penyedia perkhidmatan akhir-akhir ini. Twitter mempunyai Periscope, dan Facebook pula mempunyai Facebook Live.

Kini, Google pula dilaporkan sedang menyiapkan aplikasi dinamakan YouTube Connect yang akan memudahkan pengguna untuk membuat penstriman langsung daripada peranti mudah-alih. Seperti aplikasi lain, ia juga dijangka akan hadir dengan sokongan chat dan akan disiarkan melalui laman YouTube.

Bercakap mengenai YouTube sendiri, mereka sedia mempunyai perkhidmatan siaran langsung mereka melalui Creator Studio – tetapi boleh dikatakan ia agak terhad dan ditawarkan kepada saluran terpilih sahaja. Ia juga tidak begitu mesra jikalau dibandingkan dengan aplikasi seperti Facebook Live mahupun Periscope.

Aplikasi YouTube Connect ini dijangka akan diperkenalkan untuk Android dan iOS, dan dijangka dilancarkan sebelum Google I/O.


TIPS & ULASAN