Cari @ Amanz

Sony hari ini telah menubuhkan syarikat baru dinamakan sebagai ForwardWorks, yang mana akan memfokuskan sepenuhnya kepada pembangunan permainan untuk telefon pintar. Sony dilihat akan menggunakan beberapa watak dan jenama sedia ada mereka dalam PlayStation untuk hadir dengan permainan mudah-alih mereka.

Daripada pengumuman awal, ForwardWorks ini dikatakan akan hadir dengan permainan yang dioptimasikan untuk pengguna di Jepun dan Asia.

Buat masa ini, pihak ForwardWorks tidak mengumumkan bilakah permainan pertama untuk telefon pintar akan dilancarkan.

Penyertaan Sony dalam arena pembangunan peranti mudah-alih ini hadir selepas Nintendo turut menyertai arena sama baru-baru ini. Dengan peranti mudah-alih yang menawarkan kuasa pemprosesan sangat tinggi pada hari ini, tidak mustahil untuk kita melihat lebih ramai menyertai arena sama tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd