Amanz X SanDisk : Pemacu Extreme 500 Portable SSD & Dual USB Type C Untuk Dimenangi

Amanz X SanDisk : Pemacu Extreme 500 Portable SSD & Dual USB Type C Untuk Dimenangi

Diterbitkan pada Mac 24, 2016 oleh .

Perihal storan simpanan merupakan satu perkara yang penting dan mempengaruhi kehidupan kita seharian. Jika dahulu storan dilakukan khususnya untuk fail penting, namun kini fungsinya pelbagai, termasuklah menyimpan hasil karya, rakaman gambar, video, audio dan sebagainya. SanDisk, sebagai salah satu jenama yang mempelopori dunia storan mudah alih telah membawakan pelbagai peranti dan antaranya pemacu Extreme 500 Portable SSD dan juga Dual USB Type-C untuk pengguna umum.

Pemacu Extreme 500 Portable SSD merupakan satu solusi storan mudah alih berprestasi tinggi dari SanDisk. Dengan menggunakan pemacu SSD (Solid State Drive), tiada komponen mekanikal beroperasi seperti pemacu cakera keras yang biasa menggunakan cakera magnetik. Ini sekaligus mengurangkan risiko kerosakan pada pemacu ini, dan menjadikannya tahan lasak dari gegaran. Rekaan pemacu ini juga mempunyai penyangkut dan dikelilingi oleh pelindung getah.

Dari segi prestasi pemacu ini, pemacu SSD adalah 4 kali lebih laju dari pemacu cakera keras yang biasa dan turut menyokong USB 3.0. Kelajuannya untuk membaca fail (Read) adalah selaju 415 MB per saat manakala kelajuan untuk menyimpan data (Write) sehingga 340 MB/s. Terdapat 3 kapasiti yang ditawarkan untuk pemacu Extreme 500 Portable SSD iaitu 120GB pada harga RM 549, 240GB pada harga RM 829, dan 480GB pada harga RM 1,369.

SanDisk - IMG_0052

Satu lagi produk terbaru dari SanDisk adalah pemacu Dual USB Type-C yang direka khusus untuk peranti-peranti yang telah mula menggunakan sambungan USB Type-C. Seperti yang kita tahu, USB Type-C merupakan jenis sambungan USB yang terbaharu, membolehkan pemindahan data dilakukan dengan lebih pantas malah lebih dari itu, ia juga boleh digunakan untuk menyambungkannya dengan palam HDMI, pengecasan kuasa, pemindahan data dan sebagainya.

Sandisk Dual USB Type-C juga dicipta untuk memudahkan storan pada peranti mudah-alih yang biasanya mempunyai kapasiti storan terbina yang terhad, sekaligus membolehkan mereka membawa lebih banyak fail dan media kemana-mana. Buat masa ini SanDisk menawarkan pemacu ini pada harga RM 149 untuk kapasiti 32GB.

Khusus buat pembaca Amanz, pihak SanDisk menawarkan dua unit pemacu Extreme 500 Portable SSD (120GB) dan satu unit pemacu Dual USB Type-C (32GB) untuk dimenangi menerusi cabutan bertuah. Tiga cabutan bertuah akan dilakukan, dan bagi menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu menjawab soalan berikut.

“Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda memenangi pemacu SanDisk ini?”

Sertakan jawapan anda di pada ruangan komentar berita ini (di laman rasmi kami) dengan e-mel yang sah sebelum hari Ahad 27 Mac 2016 11:59 malam. Peraduan ini dibuka kepada semua pembaca yang mempunyai alamat pengeposan di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen.


TIPS & ULASAN