MAVCAP Dan Gobi Partners Bekerjasama Untuk Menawarkan Dana Untuk Startup

MAVCAP Dan Gobi Partners Bekerjasama Untuk Menawarkan Dana Untuk Startup

Diterbitkan pada Mac 24, 2016 oleh .

MAVCAPPada tahun ini, beberapa syarikat pelaburan dan teknologi telah hadir dengan penawaran masing-masing dalam membantu syarikat permulaan baru mahupun usahawan dengan idea yang baik. Terkini, untuk rantau Asia Tenggara, Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) bersama-sama Gobi Partners melancarkan dana baru berjumlah $14.5 juta.

Dinamakan sebagai Gobi MAVCAP ASEAN SuperSeed Fund, ia lebih memfokuskan kepada syarikat permulaan baru yang ingin berkembang di rantau Asia Tenggara.

Dana ini akan memfokuskan kepada arena e-dagang, teknologi kewangan, perkhidmatan mudah-alih dan juga syarikat yang memfokuskan pengguna muslim.

Buat masa ini, mereka telah membuat pelaburan pada beberapa syarikat, termasuk salah satunya adalah RecomN di Malaysia.


TIPS & ULASAN