LINE Mengumumkan Sokongan ChatBot – Dan Turut Menyertai Arena MVNO

LINE Mengumumkan Sokongan ChatBot – Dan Turut Menyertai Arena MVNO

Diterbitkan pada Mac 24, 2016 oleh .

LINE hari ini telah mengadakan acara persidangan tahunan mereka, dimana LINE berkongsi beberapa perancangan baru untuk syarikat mereka yang bakal diperkenalkan pada aplikasi permesejan LINE dalam masa beberapa bulan akan datang.

LINE Conference

Salah satu fungsi yang mencuri perhatian adalah sokongan ChatBot AI. Seperti ramai sedia maklum, Telegram sedia mengintegrasikan sokongan bot pada perkhidmatan mereka, dan Facebook dikatakan akan melakukan perkara sama dalam masa terdekat. Integrasi ChatBot ini mungkin berguna kepada pengguna perusahaan memandangkan mereka boleh mengotomasikan pelbagai perbualan dengan pelanggan. Pembangun bot juga turut boleh menjual bot yang dibangunkan khusus untuk LINE melalui kedai aplikasi khusus di LINE kelak.

LINE Conference

LINE Conference

LINE Conference

Disamping itu, LINE juga turut mengejutkan pengguna dengan mengumumkan pengenalan perkhidmatan MNVO mereka di Jepun. Melaluinya, mereka memberikan akses tanpa had kepada pelbagai perkhidmatan LINE, dan pada masa yang sama mengakses perkhidmatan Facebook dan Twitter.

Pada persidangan sama, LINE turut menyentuh mengenai sokongan edagang, membolehkan pelbagai jualan dilakukan terus pada platform permesejan mereka.

Daripada apa yang diumumkan, kebanyakkannya masih tertumpu untuk pasaran Jepun buat masa ini, tetapi pengenalan seperti fungsi Chatbot dan sebagainya mungkin lebih meluas dan tidak terhad untuk Jepun sahaja.


TIPS & ULASAN