Instagram Kini Memaparkan Notifikasi Pada Versi Web

Instagram Kini Memaparkan Notifikasi Pada Versi Web

Diterbitkan pada Mac 24, 2016 oleh .

Instagram telah memperkenalkan versi web mereka tidak lama sebelum ini, menawarkan kemudahan untuk pengguna mengikuti gambar-gambar yang dikongsikan pengguna pada desktop atau komputer riba – dan pada masa yang sama meninggalkan komen padanya.

Instagram Notifikasi

Terkini, Instagram turut menambah satu lagi fungsi baru pada versi web mereka, iaitu memaparkan notifikasi semasa berkaitan akaun anda – sekaligus memudahkan anda mengikuti perkembangan semasa akaun Instagram anda ketika menggunakan desktop.

Bagi anda yang sering menggunakan Instagram, mungkin boleh turut mencuba versi web mereka hari ini, dan melihat gambar yang dikongsikan rakan anda melalui skrin yang lebih besar.


TIPS & ULASAN