Facebook Menguji Fungsi Yang Memberitahu Sekiranya Ada Profil Palsu Menyerupai Akaun Anda

Facebook Menguji Fungsi Yang Memberitahu Sekiranya Ada Profil Palsu Menyerupai Akaun Anda

Diterbitkan pada Mac 24, 2016 oleh .

Laman sosial Facebook merupakan laman sosial yang popular di dunia, dan ramai yang berkongsi gambar peribadi dan pelbagai info-info peribadi melaluinya. Ini membuka kepada data pengguna disalah guna, dan pihak bertanggungjawab hadir dengan akaun palsu untuk seseorang pengguna atau meniru dan mengajuk profil pengguna lain.

Facebook Palsu

Kini, Facebook hadir dengan sebuah fungsi baru yang memberikan anda notifikasi sekiranya mereka mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang akaun lain yang cuba meniru anda dengan menggunakan nama dan gambar profil.

Kaedah ini dijayakan oleh algoritma Facebook secara automatik dan pengguna yang menerima notifikasi berkenaan akan boleh memilih sama ada sekiranya sesuatu profil itu benar-benar meniru dan merupakan akaun palsu – ataupun sekiranya kebetulan pengguna dengan nama sama.

Facebook mengatakan telah menguji fungsi ini sejak daripada bulan November lepas, dan kini ia telah aktif di sekitar 75% pengguna dunia. Facebook menyasarkan untuk memperluaskan penawarannya dari masa ke semasa.


TIPS & ULASAN