Watak Angry Birds Dilantik Oleh PBB Menjadi Duta Hari Kegembiraan Dunia

Watak Angry Birds Dilantik Oleh PBB Menjadi Duta Hari Kegembiraan Dunia

Diterbitkan pada Mac 24, 2016 oleh .

Angry Birds ialah aplikasi permainan yang wajib dimuat turun pada tahun 2009. Kewujudan aplikasi permainan ini penting bagi sesebuah sistem operasi kerana dijadikan penarik pembeli untuk memiliki sesebuah peranti. Agak sukar dipercayai bahawa siri permainan ini sudah hampir tujuh tahun dihasilkan. Kepopularannya sukar berkurangan sekarang tetapi filem Angry Birds yang bakal muncul ke layar perak tahun ini diharap dapat mengembalikan kegemilangannya.

Angry BirdsRed, salah satu watak Angry Birds baru sahaja dilantik sebagai duta Hari Kegembiraan Antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Pelantikan watak pemarah ini diumumkan sendiri oleh Ban Ki-moon, Setiasusaha Agung PBB. Red akan menjadi duta bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perubahan iklim dan menggalakkan umat manusia supaya hidup dengan gembira. Siapa sangka watak buruk pemarah ini boleh dilantik menjadi duta kegembiraan. Mungkin di masa hadapan watak animasi Malaysia juga boleh dilantik sebagai duta.


TIPS & ULASAN