Foodpanda Menguji Khidmat Menghantar Makanan Menggunakan Dron Di Singapura

Foodpanda Menguji Khidmat Menghantar Makanan Menggunakan Dron Di Singapura

Diterbitkan pada Mac 24, 2016 oleh .

Foodpanda merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan para pengguna membuat tempahan makanan menggunakan web atau aplikasi mereka, dan seterusnya menerima makanan dilokasi yang ditetapkan mereka.

Ia telah beroperasi di rantau Asia Tenggara sejak beberapa tahun – dan salah satu masalah yang sering dihadapi pengguna adalah makanan yang ditempah tidak sampai atau mengambil masa yang terlalu lama untuk tiba – lebih lama daripada yang dijanjikan.

Terkini, selari dengan perkembangan teknologi, dan dalam usaha mengatasi masalah sering tidak dapat memenuhi permintaan pengguna, Foodpanda dilihat sedang menguji khidmat penghantaran makanan melalui dron.

Fasa ujian ini sedang dilakukan di Singapura dan sekiranya ia berjalan lancar, mereka ingin memperkenalkan ia di seluruh Singapura alam beberapa tahun.

Foodpanda mengatakan mereka menyasarkan untuk menghantar makanan dalam tempoh kurang 30 minit melalui penggunaan dron ini dan menjadikan operasi mereka lebih efisyen.


TIPS & ULASAN