Skrin AMOLED Kini Lebih Murah Berbanding LCD

Skrin AMOLED Kini Lebih Murah Berbanding LCD

Diterbitkan pada Mac 24, 2016 oleh .

Skrin AMOLED ialah skrin terbaik untuk sebuah peranti pintar. Ia memaparkan warna lebih baik, skrin lebih terang dan menjimatkan penggunaan tenaga bateri. Sebab utama ia tidak digunakan secara meluas ialah keran kos penghasilannya yang tinggi. Oleh sebab itulah ia menjadi pilihan peranti mampu milik Android dan peranti kelas tinggi Apple bagi mengurangkan harga peranti. Tahun lalu kos penghasilan skrin 5″ HD Penuh AMOLED ialah $17.10 manakala untuk LCD bersaiz sama pula ialah $15.70. Harga skrin yang sama untuk suku pertama 2016 menunjukkan perbezaan harga yang mendadak.

SAMOLED-vs-LCDKos penghasilan AMOLED kini menurun ke $14.30 manakala untuk LCD pula ialah $14.60. Pengurangan harga ini didorong oleh permintaan yang lebih tinggi dan mungkin akan menyebabkan skrin LCD tidak lagi digunakan di masa hadapan. Ini mungkin antara sebab mengapa ura-ura mengatakan iPhone 7 kelak akan dilengkapi skrin AMOLED. Sungguhpun begitu harga skrin SAMOLED dengan resolusi QHD masih lagi mahal. Jadi pengguna harus menunggu beberapa tahun lagi sebelum skrin bersolusi tinggi ini akan mula digunakan secara meluas dan pada peranti yang tidak berspesifikasi tinggi.


TIPS & ULASAN