Retro Apple iMac – iMac 27″ Dengan Rekaan Apple II

Retro Apple iMac – iMac 27″ Dengan Rekaan Apple II

Diterbitkan pada Mac 25, 2016 oleh .

Apple II ialah komputer peribadi yang membina empayar Apple sekarang. Rekaannya yang kompak dan minimalis kini dianggap antara rekaan paling ikonik pernah dihasilkan untuk sebuah komputer. Bagi peminat Apple yang gemar bernostalgia, kini wujud iMac 27″ 5K retina dengan rekaan seakan-akan sebuah Apple II.

Imac-Retro-1

iMac ini dilengkapi iMac Retro pemproses 3.3GHz, RAM sebesar 8GB DDR3 SDRAM, muatan dalaman 2 Terabyte Fusion Drive dan kad grafik AMD Radeon R9 M395. Selain panel belakang yang kelihatan seperti Apple II, papan kekunci dan tetikus juga diberikan sentuhan warna retro. Harga jualan Retro Apple iMac ialah $3799 (~RM 15345) sebuah. Harga ini mungkin kelihatan amat mahal tetapi ketika Apple II dilancarkan pada 1977 ia dijual pada harga $1298. Ini mempunyai nilai yang sama seperti $5275 (~RM 21304) sekarang.

 


TIPS & ULASAN