Carian
Atari Vault Kini Di Steam – Membolehkan Anda Memainkan Permainan Klasik Di PC
March 25, 2016 Aman

Atari telah mengumumkan pada awal tahun ini yang mana mereka akan hadir dengan penawaran permainan klasik mereka untuk pengguna PC melalui Steam. Kini, apa yang dinamakan sebagai Atari Vault telah pun diterbitkan dan sedia didapati terus daripada Steam secara digital.

Atari VaultMelalui Atari Vault, sebanyak 100 permainan klasik disediakan, membolehkan para pengguna mengimbau kembali zaman konsol Atari dulu dan memainkannya terus pada PC. Antara permainan popular yang disertakan adalah termasuk Pong Paddlers, Missile Commanders, Asteroids Aficionados, Gravitar Gurus, Star Raiders, dan pelbagai permainan lain lagi.

Memandangkan kebanyakkannya adalah permainan klasik tanpa grafik yang tinggi, maka ia boleh dimainkan pada pelbagai komputer masa kini tanpa masalah. Atari Vault juga turut menyokong permainan secara online untuk memudahkan anda bersaing markah yang boleh dicapai dan bandingkan ia dengan rakan-rakan lain seluruh dunia.

Atari Vault berharga RM32.30 di Steam buat masa ini.

Komen