Malaysia Airlines Menguji Aplikasi Android MHmobile Yang Lebih Kemas Dan Mesra Pengguna

Malaysia Airlines Menguji Aplikasi Android MHmobile Yang Lebih Kemas Dan Mesra Pengguna

Diterbitkan pada Mac 25, 2016 oleh .

Pada era peranti mudah-alih hari ini, ramai penyedia perkhidmatan sering hadir dengan ujian aplikasi mereka terlebih dahulu, sebelum ia diperkenalkan kepada pengguna umum secara meluas. Terkini, Malaysia Airlines dilihat telah hadir dengan versi ujian aplikasi Android mereka – membolehkan pengguna menyemak dan memberikan maklumbalas terlebih dahulu berkenaan aplikasi akan datang daripada mereka.

MHmobile untuk Android yang kini pada peringkat ujian ini dilihat menawarkan paparan antaramuka yang lebih kemas berbanding sedia ada, dan pada masa yang sama mengintegrasikan lebih info menarik pada halaman utamanya. Aplikasi baru ini juga dilihat lebih banyak menggunakan elemen Android berasaskan Material Design berbanding versi sebelum ini.

MHmobile

MHmobile

Kini, sebaik sahaja memulakan aplikasi, pengguna akan dipaparkan dengan info berkaitan seperti semakan status penerbangan atau membuat tempahan penerbangan – dan pada masa yang sama diperlihatkan dengan pelbagai tawaran murah semasa yang disediakan oleh Malaysia Airlines.

Ini sekaligus memudahkan pengguna sekiranya ingin mencari penerbangan dan destinasi percutian terdekat pada kadar rendah.

Secara keseluruhan, kami lebih meminati rekaan antaramuka baru ini yang tampak lebih kemas berbanding aplikasi MHmobile sebelum ini.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Malaysia Airlines akan melancarkan aplikasi baru mereka ini. Buat masa ini, ia pada peringkat ujian dan anda yang berminat turut boleh menyertai dan mencuba versi ujian ini hari ini.

Sertai : MHmobile Android Beta


TIPS & ULASAN