Google Menawarkan Keseluruhan Perisian Penyuntingan Gambar Nik Collection Secara Percuma

Google Menawarkan Keseluruhan Perisian Penyuntingan Gambar Nik Collection Secara Percuma

Diterbitkan pada Mac 25, 2016 oleh .

Beberapa tahun lepas, Google telah mengambil-alih pembangun perisian penyuntingan gambar popular, Nik Collection. Sejak daripadanya, mereka telah mengurangkan harga jualan perisian berkenaan, disamping pada masa yang sama menawarkan aplikasi Snapseed secara percuma untuk pengguna.

Terkini, hari ini Google mengumumkan penawaran Nik Collection secara keseluruhan percuma, sekaligus membolehkan semua pengguna seluruh dunia mendapatkannya dan menggunakan ia dalam penyuntingan gambar mereka.

Dibawah Nik Collections, terdapat tujuh aplikasi, dimana masing-masing menawarkan kebolehan tersendiri – daripada menambah penuras gambar khusus, sehinggalah menambah kesan HDR atau mengurangkan kesan noise pada gambar.

Google Nik Collection

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Nik Collection hari ini, dan menggunakan ia secara percuma dalam penyuntingan gambar anda.

Muat-Turun Nik Collection


TIPS & ULASAN