Cari @ Amanz

Seperti yang laporan dua hari yang lalu, kemas kini iOS 9.3 mendatangkan masalah kepada pemilik iPad dan iPhone yang sudah agak berusia. Masalah dilaporkan berlaku kepada iPad 2, iPad 3 dan iPhone 5S. Apple menyedari kewujudan pepijat yang menyebabkan peranti tersekat di dalam boot loop tanpa henti dan sekaligus tidak boleh digunakan. Mereka terus menghentikan kemampuan memuat turun iOS 9.3 untuk peranti lama bagi mengelakkan pengguna lain mengalami masalah yang sama.

Jailbreak - iPad

Dalam masa hanya dua hari sahaja masalah ni telah diselesaikan dan muat turun terkini iOS 9.3 tidak akan menyebabkan masalah yang sama berlaku. Pengguna yang terjejas dengan masalah tersekat pada boot loop hanya perlu menyambung peranti ke ke komputer menggunakan iTunes untuk memperbaiki sebarang masalah. Kepada yang mahu memuat turun secara OTA pula, pastikan anda memuat turun versi 13E236 yang merupakan binaan paling terkini. Inilah satu perkara yang menarik mengenai Apple. Masalah yang dilaporkan akan segera diselesaikan. Kemas kini yang terbaik untuk peranti akan dapat diterima tanpa perlu menunggu berbulan-bulan lamanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd