Netflix Bakal Memperkenalkan Sokongan Penjimatan Data Untuk Pengguna Peranti Mudah-Alih

Netflix Bakal Memperkenalkan Sokongan Penjimatan Data Untuk Pengguna Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Mac 25, 2016 oleh .

Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang telah memulakan operasi di Malaysia sejak daripada awal tahun ini. Berbeza dengan iFlix yang menawarkan sokongan muat-turun video untuk tontonan offline, pihak Netflix tidak menyediakannya.

Tetapi kini, sebagai alternatif untuknya, kini Netflix mengumumkan bakal hadir dengan sokongan penjimatan data untuk pengguna peranti mudah-alih.

Melaluinya, ia akan membolehkan pengguna strim video pada penggunaan data yang lebih rendah – dan seperti biasa memberikan kesan terhadap kualiti video yang dimainkan.

Netflix sendiri mengatakan kini mereka mengehadkan penggunaan data pada peranti mudah-alih pada kadar 600 kilobit sesaat dalam memastikan pengguna tidak terguna lebih data daripada apa yang dilanggan.

Fungsi baru ini dijangka akan diperkenalkan kepada semua pengguna menjelang bulan Mei 2016 kelak.


TIPS & ULASAN