Google Dikatakan Sedang Membangunkan Pesaing Amazon Echo

Google Dikatakan Sedang Membangunkan Pesaing Amazon Echo

Diterbitkan pada Mac 26, 2016 oleh .

Amazon pada tahun lepas telah memperkenalkan sebuah peranti untuk keluarga yang bertugas sebagai pembantu peribadi maya dan membolehkan ia digunakan untuk mengawal beberapa perkara asas. Ia menggunakan input berasaskan suara, dan turut membalas arahan pengguna melaluinya.

Sejak diperkenalkan, ia telah menerima maklumbalas yang sangat baik daripada pengguna – apatah lagi ia tidak dijangka hadir daripada Amazon yang boleh dikatakan gagal mencuri hati peminat dengan telefon pintar mereka.

Terkini, Google dikatakan sedang membangunkan sebuah peranti yang lebih kurang sama. Memandangkan Google mempunyai pangkalan data yang sangat besar, dan pada masa yang sama mempunyai teknologi pengecaman suara tersendiri, maka ia mungkin suatu perkara yang sukar untuk mereka.

Nama projek yang sedang dibangunkan oleh Google ini masih tidak diketahui lagi – tetapi ia dikaitkan dengan Nest, iaitu bahagian pembangunan teknologi berkaitan rumah pintar yang telah diambil-alih oleh Google sebelum ini. Google juga sebelum ini telah hadir dengan projek Android @Home, tetapi tidak menerima sebarang perhatian serius sama ada daripada Google sendiri mahupun pengeluar lain. Mungkin pesaing Amazon Echo daripada Google ini boleh menjadi salah satu peranti yang sangat mencuri perhatian ramai – mahupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN