Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah mengumumkan mereka akan mula menjual papan kekunci dengan sokongan pengimbas cap jari untuk pasaran Malaysia. Terkini, daripada apa yang dilihat, Microsoft Malaysia nampaknya telah mula menjual ia melalui pengedar rasmi Microsoft di beberapa lokasi utama.

Surface Pro 4 Type Cover

Melalui Type Cover yang menyertakan sokongan Fingerprint ID ini, ia memberikan lebih kawalan sekuriti kepada pengguna, dan memudahkan pengguna log masuk dan menambah sekuriti kepada komputer Surface Pro mereka.

Menurut wakil penjual Microsoft Malaysia, papan kekunci Type Cover dengan pengimbas cap jari ini boleh digunakan pada Surface Pro 4 dan juga Surface Pro 3.

Di Malaysia, ia dijual pada harga RM669.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd