Carian
Microsoft Memperlihatkan Konsep Holoportation – Teleport Secara Maya Ke Sebarang Lokasi
March 27, 2016 Aman

Microsoft sebelum ini telah memperlihatkan konsep membuat panggilan video menggunakan projektor untuk memaparkan pemanggil di hadapan pengguna. Terkini, mereka membawa konsep mereka setapak kehadapan dengan penggunaan Hololens.

Seperti ramai sedia maklum, Hololens merupakan sebuah peranti yang mengabungkan teknologi realiti-maya dan augmented-reality daripada Microsoft. Melalui konsep terkini yang diperlihatkan, mereka menggunakan kamera 3D untuk merakamkan seorang pengguna dan menyiarkan ia secara terus kepada pengguna lain melalui Hololens.

https://www.youtube.com/watch?v=tIl7UMUxKJo

Memandangkan Hololens menggunakan sokongan augmented-reality, ia sekaligus memaparkan gambar 3D pemanggil terus dihadapan pengguna lain – sekaligus menawarkan sokongan seumpama teleport ke hadapan pemanggil.

Daripada konsep ini, ia lebih kepada membolehkan pengguna berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira lokasi, dan interaksi yang berlaku turut boleh mengambil latar tempat dan menjadikan ia lebih semulajadi.

Buat masa ini, perkara ini masih pada peringkat konsep – dan Microsoft memperlihatkan beberapa perkara yang boleh dijayakan melalui penggunaan teknologi Hololens mereka.

Komen