Cari @ Amanz

Selain daripada bulan Februari yang mencuri perhatian ramai dengan pengumuman pelbagai telefon pintar baru ketika Mobile World Congress, bulan April juga merupakan salah satu bulan popular dalam pengumuman pelbagai peranti mudah-alih.

Sebelum ini kita sedia maklum berkenaan Huawei dan HTC yang akan mengumumkan peranti mereka pada bulan April, dan kini ia turut disertai oleh Meizu.

Meizu merupakan pengeluar dari China yang telah menawarkan peranti mereka di Malaysia sejak beberapa tahun lepas. Terkini, mereka dalam persiapan untuk memperkenalkan Meizu M3 Note yang dijadualkan pada tarikh 6 April kelak.

Mengikut desas-desus awal, Meizu M3 Note ini dijangka akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dan cip pemprosesan Helio P10. Seara kasar, ia boleh dikatakan merupakan telefon pintar berspesifikasi pertengahan daripada Meizu.

Harga jualannya masih tidak diketahui, tetapi dianggarkan sekitar RMB799 (~RM500). Kita mungkin mendengar lebih lanjut mengenainya pada 6 April 2016 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd