Carian
Google Street View Kini Membolehkan Anda Melawat Batcave Filem Batman v Superman
March 27, 2016 Aman

Bersempena dengan filem Batman v Superman yang sedang ditayangkan di pawagam sejak minggu lepas, kini Google dan Warner Bros bekerjasama dan membawakan kebolehan untuk melawat kediaman Bruce Wayne dan juga Batcave terus melalui pelayar web anda.

Google Street View Batcave

Seperti penawaran Google Street View yang lain, pengguna boleh melawat gambaran rakaman 360-darjah dan melihat sendiri setiap rekaan dan susunan pada set rumah untuk filem Batman v Superman ini secara terperinci.

Daripada Batcave di Street View ini juga, pengguna boleh melihat kostum Batman, kereta beliau, pelbagai senjata dan juga kapal Batman.

Sekiranya anda peminat filem Batman v Superman, atau watak Batman itu sendiri, mungkin anda tidak ingin melepaskan peluang untuk melawat rumah si kaya Bruce Wayne dan juga tempat persembunyian Batman ini terus pada pelayar web anda.

Komen