5 Teknologi Menarik Yang Direka Oleh Rakyat Malaysia – Edisi Intel

5 Teknologi Menarik Yang Direka Oleh Rakyat Malaysia – Edisi Intel

Diterbitkan pada Mac 27, 2016 oleh .

Intel baru-baru ini telah menyambut ulang-tahun ke-25 untuk Malaysia Design Center, dan bersempena dengannya, Intel Malaysia memperlihatkan lima teknologi menarik yang telah direkabentuk oleh rakyat tempatan yang memberikan kesan positif dalam arena teknologi seluruh dunia.

1. Compute Stick

Intel Malaysia MDC

Compute Stick merupakan salah satu peranti yang berhubung menggunakan HDMI kepada televisyen, dan mengubah ia kepada sebuah komputer penuh. Intel memuatkan pelbagai komponen perkomputeran dalam peranti bersaiz sedikit besar berbanding pemacu USB ini dan daripada perkongsian Intel Malaysia, ianya merupakan salah satu hasil rekaan Malaysia Design Center.

Intel Compute Stick telah dipasarkan di Malaysia sejak daripada tahun lepas, dan dengan nama Intel, beberapa pengeluar lain turut menggunakan konsep sama dan hadir dengan peranti Compute Stick mereka tersendiri – sekaligus memudahkan pengguna membawa komputer mereka kemana-mana dalam poket.

2. Mini PC

Intel Malaysia MDC

Komputer pada masa dulu membawakan saiz yang sangat besar, tetapi pada masa kini, kita boleh lihat komputer bersaiz tapak tangan dengan prestasi yang baik untuk pelbagai tugasan.

Intel sendiri mempunyai penawaran mereka tersendiri yang menawarkan papan Intel NUC bersaiz sekitar 4-inci yang membolehkan pengguna menambah pelbagai komponen tambahan dan menggunakannya sebagai kit pembangunan.

3. SoC

Intel Malaysia MDC

Beberapa tahun lepas, semestinya anda ingat akan penggunaan komputer riba bersaiz kecil dinamakan Netbook. Untuk makluman, pasukan Malaysia Design Center merupakan pasukan pertama yang hadir dengan cip SoC berkuasa rendah dengan nama kod “Pineview” Intel Atom.

4. USB 1.0 Micro-Controller

Intel Malaysia MDC

Beberapa tahun yang lepas, proses menghubungkan komponen atau peranti ke PC atau komputer riba merupakan suatu proses yang sukar. Sehinggalah kehadiran USB (Universal Service Bus) 1.0 yang memudahkan proses berkenaan.

Daripada perkongsian Intel Malaysia, pasukan MDC telah hadir dengan Universal Service Bus 1.0 micro-controller yang memudahkan perhubungan pelbagai peranti melalui USB dengan mudah – termasuk pemacu, tetikus, papan kekunci, kamera dan sebagainya.

5. Intel IoT Gateway

Intel Malaysia MDC

Dengan perkembangan arena IoT, pasukan Malaysia Design Center di Intel juga turut membangunkan sebuah penyelesaian tersendiri dinamakan sebagai Intel IoT Gateway. Melaluinya, ia memudahkan pengurusan pelbagai peranti dan sensor pada pelbagai industri.


Malaysia Design Center menyambut ulang-tahun ke-25 mereka pada tahun ini, dan mungkin dengan arena teknologi yang berkembang pesat ini, kita akan terus dapat melihat pelbagai inovasi dan perkara baru dibawakan oleh pasukan ini yang bertugas dibawah Intel Malaysia.


TIPS & ULASAN