Gambar Telefon Pintar Huawei P9 Tertiris Memperlihatkan Rekaan Dengan Dwi-Kamera

Gambar Telefon Pintar Huawei P9 Tertiris Memperlihatkan Rekaan Dengan Dwi-Kamera

Diterbitkan pada Mac 28, 2016 oleh .

Huawei telah mengumumkan mereka bakal melancarkan Huawei P9 secara rasminya pada 6 April 2016 kelak. Beberapa gambar telah tertiris sebelum ini memperlihatkan rekaan peranti tersebut, dan terkini beberapa gambar baru hadir yang menunjukkan apakah yang bakal dibawakan oleh Huawei.

Seperti apa yang diperlihatkan sebelum ini, ia menunjukkan penggunaan dwi-kamera pada bahagian belakang, dan juga pengimbas cap jari dibawah kamera belakang. Seperti beberapa peranti Huawei sebelum ini, ia masih mengekalkan elemen rekaan telefon pintar Huawei.

Huawei P9

Huawei P9

Mengikut apa yang tertiris sebelum ini, Huawei P9 dikatakan akan membawa skrin 5.2-inci dengan cip Kirin 950, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Kamera belakang 12-megapixel juga dijangka dilengkapi dengan sokongan autofokus laser dan juga penstabilan imej optikal.

Selain daripada Huawei P9, pengeluar terkemuka dari China ini juga dijangka mengumumkan Huawei P9 Lite yang bakal membawakan penawaran spesifikasi sedikit rendah.


TIPS & ULASAN