Carian
Teclast Tawar Tablet Dwi-OS Android Dan Win 10 Dengan 4GB RAM, Intel Atom X5 Pada Harga RM999
March 28, 2016 Aman

Teclast telah menawarkan tablet pada harga mampu-milik sejak daripada tahun lepas, dan terkini, mereka menambah sebuah lagi tablet baru, dinamakan sebagai Teclast X98 Plus.

Teclast X98 Plus ini hadir dengan rekaan yang lebih premium daripada versi X98 sebelum ini. Ia kini menggunakan rekaan berasaskan logam, dan bukannya daripada plastik atau bahan lain. Dan menariknya, kali ini mereka menyertakan sistem operasi Windows 10 menggantikan Windows 8.1.

Teclast X98 Plus

Teclast X98 Plus menggunakan sistem operasi Android dan Windows 10 – membolehkan pengguna boot dengan mudah dari satu sistem operasi ke yang lain.

Dari segi spesifikasi, Teclast X98 Pls hadir dengan skrin 9.7-inci dengan resolusi 2046×1536 pixel, memori 4GB RAM dan dijana menggunakan cip Intel Atom X5 Z8300. Tablet ini menggunakan ruangan storan bersaiz 64GB, dan bagi anda yang gemar merakamkan gambar melalui tablet, boleh menggunakan kamera hadapan 2-megapixel, dan kamera belakang 5-megapixel.

Sokongan lain seperti OTG dan mikro-HDMI turut disertakan pada tablet ini, dan pengguna oleh memperluaskan storan melalui penggunaan kad mikro-SD.

Daripada penggunaan kami sendiri, Teclast X98 Plus ini dilihat lebih lancar, dan lebih memudahkan pengguna untuk bertukar dari satu sistem operasi ke sistem operasi yang lain. Beberapa aksesori tambahan turut disediakan untuk memperluaskan penggunaannya, termasuk papan kekunci khusus untuknya.

Di Malaysia, Teclast X98 Plus ini dijual pada harga RM999 dan boleh didapati melalui laman jualan rasmi Teclast Malaysia.

Komen