Connex – Kabel USB Yang Berbentuk Kad Kredit

Connex – Kabel USB Yang Berbentuk Kad Kredit

Diterbitkan pada Mac 28, 2016 oleh .

Kabel pengecasan USB adalah aksesori yang perlu dibawa sekiranya anda banyak menghabiskan masa di luar. Ia memastikan peranti dapat terus berfungsi dengan dicas apabila perlu. Kabel USB yang disertakan oleh pengeluar mempunyai dua masalah utama. Masalah pertama ialah ianya tidak mudah terbelit apabila disimpan di dalam beg. Masalah kedua pula ialah ia tidak mudah dibawa kerana wayar yang tidak tahan lasak. Connex ialah kabel USB dengan kepala MikroUSB dan Lightning yang tidak akan mengalami dua masalah di atas.

Connex-2Ini adalah kerana Connex diperbuat daripada getah tahan lasak dan berbentuk seperti kad kredit. Ini membolehkannya diselitkan ke dalam dompet . Kerana diperbuat daripada getah yang agak keras, ia tidak akan berbelit ketika disimpan. Harga jualan bermula dari $9 (~RM36) sebuah.


TIPS & ULASAN