Taxi Monger Kini Dikenali Sebagai Roader – Tawar Lebih Daripada Tempahan Teksi

Taxi Monger Kini Dikenali Sebagai Roader – Tawar Lebih Daripada Tempahan Teksi

Diterbitkan pada Mac 28, 2016 oleh .

Taxi Monger merupakan salah satu perkhidmatan yang telah dimulakan lebih kurang sama dengan MyTeksi sebelum ini, tetapi ia tidak begitu menyerlah berbanding MyTeksi yang kini telah beroperasi pada peringkat Asia Tenggara dan mempunyai suntikan dana beratus juta.

Kini, bergerak kehadapan, Taxi Monger menjenamakan semula perkhidmatan mereka kepada Roader, dan ia dilihat mereka bukan sekadar memfokuskan kepada penawaran teksi semata-mata, sebaliknya lebih daripada itu.

Untuk peringkat permulaan, Roader menawarkan perkhidmatan yang dinamakan sebagai Roader Cab – membolehkan pengguna membuat tempahan teksi bajet atau TEKS1M melalui aplikasi berkenaan.

Roader iPhone

Namun, disebalik penjenamaan ini, ia dilihat Roader mempunyai lebih perancangan daripada hanya sekadar penawaran tempahan teksi sahaja. Mereka dilihat akan menawarkan kebolehan tempahan kereta (bukan teksi seperti Uber) dipanggil Roader Car, selain menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan melalui Roader Bike.

Perkhidmatan dinamakan sebagai Roader Butler juga bakal hadir yang akan menawarkan perseorangan untuk memudahkan anda membuat beberapa tugasan, selain Roader Kitchen yang akan menawarkan penghantaran makanan kepada pengguna.

Segalanya akan beroperasi daripada aplikasi yang sama, dan nampaknya ia kini tidak lagi terhad kepada tempahan teksi semata-mata – suatu kekangan disebabkan penggunaan jenama sebelum ini, Taxi Monger.

Buat masa ini, aplikasi Roader ini ditawarkan dalam bentuk beta untuk Android dan iOS, dan boleh digunakan pengguna tempatan di Lembah Klang.

Layari : Roader


TIPS & ULASAN