Serangan pengebom membunuh diri di Lahore semalam mengakibatkan kematian lebih daripada 70 individu. Angka kematian dan kecederaan dijangka meningkat kerana serangan bacul ini dilakukan ketika sambutan hari Easter di Pakistan. Sejak 2014 , Facebook mengaktifkan sistem Safety Check yang membolehkan pengguna yang berada berhampiran kawasan serangan ataupun bencana alam melakukan daftar masuk bagi mengesahkan diri mereka adalah selamat.
Aneh sekali notifikasi Safety Check untuk serangan Lahore ini turut diterima oleh mereka yang berada beribu kilometer jauhnya. Pihak Facebook hari ini memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Menurut mereka ini adalah pepijat pada sistem pengesahan keselamatan mereka dan kita sudah diperbaiki bagi mengelakkannya dari berulang di masa hadapan? Adakah anda antara individu yang menerima notifikasi ini semalam?