Telekom Malaysia Dijangka Umum Pakej Unifi 100Mbps Untuk Pengguna Pada April?

Telekom Malaysia Dijangka Umum Pakej Unifi 100Mbps Untuk Pengguna Pada April?

Diterbitkan pada Mac 28, 2016 oleh .

Pada minggu lepas kita telah melihat TIME dotCom membuat kejutan dengan memperkenalkan pakej internet untuk rumah pada kelajuan mencapai 500Mbps. Kini, hadir desas-desus baru mengatakan Telekom Malaysia kini dalam persiapan untuk memperkenalkan pakej Unifi 100Mbps kepada pengguna umum sekitar bulan April ini.

Pihak Telekom Malaysia masih tidak memberikan komen rasmi buat masa ini. Daripada desas-desus yang hadir, ada yang mengatakan ia mungkin diperkenalkan pada 1 April 2016 dan ada yang mengatakan ia hanya akan diperkenalkan pada bulan April tanpa memberikan sebarang tarikh pasti untuknya.

Harganya juga masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Telekom Malaysia pada hari ini menawarkan pakej 50Mbps mereka pada harga menghampiri RM250, dan tidak mustahil kita melihat harga untuk pakej 100Mbps ini mencapai harga RM300.

Sebagai perbandingan, Maxis menawarkan pelan 100Mbps pada harga RM398, sementara TIME dotCom pula menawarkan pakej mereka pada harga RM149 untuk pelan dengan kelajuan yang sama. Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Telekom Malaysia kelak.


TIPS & ULASAN