Cari @ Amanz

Pada platform OS X dan Linux, salah satu perisian klien BitTorrent yang popular adalah Transmission. Kini, perisian sumber terbuka berkenaan turut telah dibangunkan untuk platform Windows, dan versi pertamanya sedia untuk dimuat-turun.

transmissionTransmission untuk Windows ini menawarkan pelbagai ciri-ciri seumpama pada platform lain, dan turut mengekalkan rekaan yang minimalis. Seperti biasa, ia hadir dengan saiz perisian yang kecil, iaitu sekitar 25MB, dan turut bebas daripada iklan – berbeza dengan klien BitTorrent yang lain.

Buat masa ini, pihak Transmission masih tidak menyenaraikannya pada laman utama mereka. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun ia secara terus daripada halaman direktori Transmission dan memasangnya pada komputer Windows anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd