Sony Dijangka Melancarkan PlayStation 4K Sebelum Mula Menjual PlayStation VR

Sony Dijangka Melancarkan PlayStation 4K Sebelum Mula Menjual PlayStation VR

Diterbitkan pada Mac 29, 2016 oleh .

Pada minggu lepas, kita telah mendengar desas-desus mengatakan Sony bakal mengemaskini konsol PlayStation 4 mereka dengan sokongan pemprosesan dan grafik yang lebih berkuasa dan menyokong sehingga paparan 4K. Kini, desas-desus sama kedengaran kembali, dan hadir daripada pihak WSJ.

Menurut WSJ, Sony dijangka melancarkan konsol yang dikemaskini ini sebelum mereka mulakan jualan PlayStation VR. Seperti ramai sedia maklum, PlayStation VR yang merupakan sebuah set peranti realiti-maya daripada Sony bakal dijual bermula Oktober 2016 kelak.

Walaupun ia merupakan penaik-tarafan kepada konsol PlayStation 4 sedia ada, namun, dari segi penawaran perisian dan permainan, ia akan masih berkongsi katalog yang sama dengan versi sedia ada.


TIPS & ULASAN